25 March 2009

Anugerah Q 2008

Anugerah Q

yesss......aku berjaya......

walaupun anugerah ni dah agak lama aku dapat tapi rasanya nak juga kongsi kebahagiaan dan kegembiraan yang pernah aku rasai bersama kekawan yang dapat anugerah pada tahun lepas. tak sangka plak aku satu-satunya kaum wanita yang dapat pada tahun tu. bangga tak terkira...itulah orang cakap rezeki tuhan. aku tak rasapun aku yang terbaik sbb pencabar-pencabar aku pun tak kurang hebatnye....namun apa yang pasti anugerah itu menambahkan lagi semangat aku untuk berkerja lebih keras dan berikan yang terbaik dalam tugas aku.
aku pun ada prinsip aku sendiri dalam tugas ni....KERJA BIAR IKHLAS.

Panas

Assalamualaikum
Kepada kekawan yang sudi singgah ke blog ni, trima kasih banyak-banyak, apa pun saya mohon maaf sebab dah agak lama tak update, sibuk sikit le...,bila masuk je ke blog ni seronok semacam, bukan apa boleh le aku coret apa-apa yang patut. kalau kita tengok kepada keadaan cuaca hari ni memang tak menentu,kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan, jarang-jarang hujan panas, nasib baik dapat tengok pelangi, itulah kuasa yang Maha Esa.

Hari ni bila dah dapat komputer ni kat aku, susah plak nak tinggal, orang keliling yang jeling-jeling pun aku buat tak nampak je.

>>>>>> apa yang paling panas sekarang ialah perhimpunan agung umno yang sedang berlangsung di PWTC kuala lumpur.

08 March 2009

Salam Maulidur rasul- 12 Rabiul Awal/ 9 Mac 2009



Buat Renungan Bersama
Meneruskan Tugas Rasulullah
Surah Ali Imran ayat 164
Menunjukkan kita tugas Rasullah yang perlu diteruskan oleh umatnya. Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka orang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membaca kepada mereka ayat-ayat Allah, membrsih (jiwa) mereka dan mengajar kepada mereka al-kitab dan al-hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Namun beliau akui tugas itu bukan mudah an memerlukan kerja kuat dan keazaman serta keyakinan untuk berjaya. Pesan beliau juga, umat islam tidak harus mengutamakan akhirat semata-mata sehingga meninggalkan langsung urusan duniawi kerana itu lebih merugikan umat islam di dunia dan akhirat.
"sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka kita perlu memakmurkan bumi Allah. Kita tidak boleh lari dari dunia dan kena ikut serta, cuma jangan lalai dan menjadi pengikut" kata Abu Hassan.

Hari berganti, bulan berlalu.. kita tiba kembali di bulan RabiulAwal... iaitu tahun kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia, masih boleh menghirup udara untuk menyambung sisa kehidupan yang berakhirnya bukan kuasa kita.

Sempena RabiulAwal ini, kita juga imbas kembali wanita-wanita terpilih yang pernah menjadi isteri baginda:
.....................................................................................................................................................................
Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Baginda Rasullallah pernah berkahwin dengan 13 orang wanita iaitu sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.

Isteri-isteri Baginda ialah:

Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
Aisyah bt Abi Bakr r.a
Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
Safiyah bt. Huyay
Zainab bt. Jansyin
Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
Zainab bin Khuzaimah

07 March 2009

konti nge farid


Hari ni, aku begang si budak farid, masuk duty dah le lewat, terhegeh...hegeh....tak tahu nak buat apa. last...last aku suruh tulis loging je le....padan muka dia yang tak hensem tu.to farid kalau tak tahan kena hentam jangan jadi dj. simpan je cita-cita awak nak jadi dj. baik awak jadi cheff je. stop dulu ye....begang.
Oppsss....I'm soryy, jangan le tengok gambar tu...segan plak....
sebenarnya acah je begang nge farid tu...saje....nak usik budak tu..., tengok le sendiri apa yang dia buat kat belakang tu?