27 May 2009

Perginye seorang sahabat...

semalam sewaktu aku sedang bertugas di pagi hari, aku di kejutkan dengan berita kematian seorang sahabat. Dalam keadaan terkilan yang membenak dalam hati "betapa sedihnye aku....,aku tak dapat menahan air mata ini dari terus jatuh...jatuh...jatuh....dan jatuh....lagi, aku amat terkilan, sebenarnya dah agak lama aku, berniat untuk pergi melawat arwah sewaktu beliau sakit,dah beberapa kali aku tanamkan niat tu... malah niat itu pernah aku suarakan pada seorang kawan, tapi dek kerana terlalu sibuk, aku menjadi leka...lantas terus terlupe.... Kini dia telah tiada.Tak mungkin dapat aku dengar lagi gurau sendanya...suara nye...malah senyumannye.... Aku Redha dengan ketentuan Ilahi, hari ini aku hilang seorang sahabat yang banyak memberi semangat dan kekuatan pada ku. Aku hadiah Al-Fatihah...buat abang fadhil...yang telah kembali ke rahmatullah pada hari selasa 26.5.2009, jam 10.00.malam. semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Amin. Hanya itu yang aku mampu berikan, OOhhhh....Kerdilnya hambaMu ini ya Tuhan. Buat keluarga abang fadhil bersabarlah diatas ketentuan-Nya. Untuk semua sahabat-Ingatan buat kita yang masih bertaburan di bumi milik tuhan, sebagai hamba allah s.w.t, saat kematian tu pasti akan datang dan menjelma.cuma kita tak pasti bila kita akan dijemput menemui ilahi. jadi renunglah diri kita samaada kita semua dah bersedia atau tidak untuk menemui-Nya.

Salam sayang buat semua sahabat-sahabat.

Catatan dariku untuk mu
insan kerdil di bumi Tuhan

Glitter Text @ Glitterfy.com

23 May 2009

drama radio...

Hari ini pasal drama radio la plak. kalau nak di hitung kira memang dah agak lama aku jagi pelakon radio ni. tapi takkk...jgak fofuler....,aku ni bukan jenis yang pilih watak, semua watak aku belasah je.
time skrip reading semua pelakon tak boleh terlepas, tengok penerbit dok perhati, kot-kot pelakon tak menghayati watak.



Tengok leee...macam-macam gaye, pelakon hebat ni sewaktu rakaman.


sewaktu rakaman memang serius tu....menghayati watak he...he....

seingat aku ramai kawan-kawan atau sahabat yang pernah berlakon dengan aku antaranye...yuzana yusoff - kawan susah dan senang,che awang spt,haris klasik pun biasa jgak, pelakon2 senior hamidah hasan, hassan isa, saidi, kak zarina aziz,allahyarham Mustapha jusoh dan ramai lagi la.., Maaf kepada kawan-kawan yang tak terlulis nama, bukan lupa, tapi sekadar menyebut beberapa nama.. Oopppss lupa plak nak bagi tahu nama kakawan yang kat atas tadi, ebby halim al-firdaus, rudin al-haj, sumardi al-barojo dan penerbit tasik al-utebbbana, roselam al-khatob, semua tu dalam golongann tu waketar ghuyut,wakenalin keh keh, watakubboyo...arab celup kelante. kayo nyo bahaso kito.

17 May 2009

balik kampung weee...

Pandu cermat jiwa selamat. Hati-hati memandu, jangan terlalu laju.
Z  U  L  V  A . c o m
Alhamdulillah, hari ni sempat lagi untuk aku jengok blog-blog yang menjadi puuujaann hatiku...semuanya best-best, disamping tu, aku nak kongsi crite la skit..maklumlah.. dah 2 hari xupdate aku punye blog. hari jumaat n sabtu lepas, aku balik kampung. biasalah dah nak masuk musim cuti sekolah ramailah yang ambik kesempatn untk mengadakan kenduri kawin atau pun kito orang sebut bekwoh..., anak saudara aku kawin sebenarnya. dalam perjalanan kami, petang tu hujan. dekat kelantan boleh dikatakan setiap petang hujan, berserta dengan ribut skali.
sudah lah hujan lebat, perjalanan ini kami teruskan walaupun hari dah hampir malam, tapi sesekali jalan malam-malam ni o.k gak
anak aku yang seorang ni memang suka selongkar kalau naik kreta, ada-ada ajeee...yang dia cari. Kekadang aku biarkan aje...nak bagi rileks naik kreta, kalau tak dia memang tak boleh duduk diam
sorry..gambar pengantin tak sempat nak downld, gambar hantaran ni aje yang sempat...aku ambik. maklumlah tuan rumah...sibuk skit.
selepas kenduri keesokkan hari ni plak yang menjadi kegilaan anak-anak aku, baru-baru belajar nak naik kuda- ni 2 orang anak saudara kau, baru belajar naik kuda
kuda yang mempunyai perasaan malu-malu.
kuda ni yang baru dibeli oleh adik ipar aku...macam malu-malu lagi, maklumlaa...tuan baru.MALU. mcm pengantin baru jgak....MALU. he...he...

12 May 2009

gempar!

Dalam dok seronok-seronok aku jelajah blog kawan-kawan, tiba jiran sebelah rumah aku gempar dengan kehadiran tetamu yang tak diundang, apa lagi aku pun turut, buka langkah seribu, meremang bulu roma aku tengok tetamu tu...rupa-rupanye 2 ekor ular, sampai dua sekali, kot-kot cari tempat dating, tapi dah silap lokasi, apa lagi..SEHIDUP SEMATI LA JAWAB YE.....
bercerai talak 2 dari badan.
dua tetamu yang tak di undang ni, sememangnye satu kehadiran yang membawa padah.
dah selamat sejahtera, jab lagi boleh tanam.

cerite semalam

Di belakang rumah memang banyak pokok-pokok buah-buahan yang ditanam oleh abang aku, dia ni suka sangat tanam-menanam ni, tak boleh jumpa pokok asyik nak tanam je...sampaikan kawasan rumah aku dah nak jadi macam kebun...
ni buah labu sulung ni...nampak elok jgak buah ni...tunggu le...tak matang lagi.
isya, anak aku bakal usahawantani moden, tengah tinjau, pokok di belakang rumah.
betik yang tidak bermusim, hajat hati nak jual....
tunggu masa untuk masak dan di petik
buah ni sampai tak sempat nak makan, sampai jatuh.....kalau dekat kedai mahal tu!

Biasa lah orang pompuan mcm aku ni memang xleh duduk diam habis je kerja pej balik rumah anak-anak dah tunggu mama, apa lagi bagaikan tak cukup tangan dan kaki untuk aku uruskan semua. Waktu petang ni aku ambik kesempatan untuk tinjau kawasan rumah, namalah tau kot-kot nanti ada pulak tong-tong kosong yang boleh membiakkan nyamuk, penyakit sekarang ni banyak sangat, nama penyakit pun pelik-pelik
tengok tu anak-anak akulah orang yang paling sibuk bila kita nak bersihkan rumah.

10 May 2009

Tembakan untuk kehidupan

Haloo....salam sahabat, ini tempat aku cari rezeki untuk kehidupanku, setiap hari setiap ketika, disinilah aku lepak...opss...bukan lepak, kijo. dikesempatan sebelum on air kul 10.00 pg. aku goreskan catatan ini. yess....byee..jumpa di on air, "kelantan fm penuhi citarasa Anda"Frekuansi: 97.3 Fm, 102.9 fm, 88.1 fm, 90.0 fm, 107.1 fm.

09 May 2009

kongsi cacatan hari ni

Z U L V A . com
Viagraphics Comment

hai...salam smua, dah beberapa hari aku tengok je blog-blog tapi xsempat nak update.. faham-faham je la..hari cuti pun kerja gak. biasalah kije kita ni...apapun best...sangat lawat blog-blog kawan-kawan..., tapi di kesempatan ni aku coretkan sedikit buat tatapan kawan-kawan yang ziarah blog aku ni, sambil kerja di dinihari ni catatan ni ku terbitkan.
kongsi anugerah sikit he..he...sempena hari ibu ni aku nak juga kongsi anugerah yang aku dapat...bukan nak menunjuk-nunjuk...tapi sekadar buat tatapan emak yang kebetolan tengok blog ni. emak pernah pesan kalau kije buat betul-betul dan ikhlas...so..inilah hasil. terima kasih jgak pada kawan-kawan yang banyak membantu mempermudahkan kerja-kerja aku seharian 'teamwork' you...


program pilih kasih baru-baru ni.aku perhatikan ramai orang kelantan yang ada bakat dan kebolehan dalam bidang lakonan. buktinye ramai yang datang untuk uji bakat pilih kasih yang di kendalikan oleh rosyam nor. bagus gak program tu...satu lagi program realiti yang bakal menggegarkan dunia lakonan negara...Tahnih! kepada peserta yang berjaya.Time ramah mesra dengan pengunjung kat studio mini kelfm

ramai yang cakap pasal hari ibu..catatan buat ibu tercinta. kaulah segalanya dalam hidup ku. Kau tabah dalam mengharungi hidup,membesarkan anak-anak mu dalam payah yang mengheret diri. kau seorang yang tabah dalam menggalas segala kesusahan demi kebahagiaan kami. berkatilah susu mu yang mengalir dalam tubuh kami. selamat hari ibu buat mama...stop. saje aku letak gambar anakku isya. berumur 1 thn 3 bulan , aku gembira dapat melihat anak membesar depan mata. dapat suapkan makanan buat mereka, itulah nikmat seorang ibu.

tag from razi..bestnye...kalau sesekali dapat bercuti, hajat nak bercuti memang membuak-buak dalam benak aku, tapi masa dan keadaan belum mengizinkan, last-last aku cuti balik kampung je..dekat kampung memang banyak yang menarik, keindahan alam semulajadi yang belum dinodai.

semalam dan hari ni dekat kelantan cuti sempena hari wesak, tapi aku konti awal-awal pagi lagi.sambil-sambil tu, sempat gak aku geledah blog-blog kawan-kawan, best memang best. kata orang menyelam sambil minum air, dapat gak aku buat bahan konti ku.mic dan headphone ni le...yang jadi teman yang amat setia setiap kali aku konti

04 May 2009

Kek Razi


Tahniah buat sahabat kita yang seorang ni....dah bertunang dah...., taklupa jgak kasi kek kat kita. t.q.

03 May 2009

sekilas


Hari ni dah beberapa hari kita melangkah ke bulan Mei. bulan ini juga istimewa untuk mereka yang bergelar ibu..."SELAMAT HARI IBU" buat ibu tercinta. Halalkan susu ibu yang mengalir dalam jasad ini, sesungguhnya aku amat kerdil, restuilah setiap langkah perjalanan anakmu ini. Amin....STOP.

Saban hari kita menerima perkhabaran yang kadang kalanya betul dan kadang kalanya hanya sekadar khabar angin. Sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang yang lain akhirnya boleh mengubah cerita asal kerana sering di tokok tambah. Sebagai seorang yang beriman dan mempunyai akal fikiran yang waras, kita tidak boleh menerima sesuatu berita tanpa usul periksa. Berhati-hati dan selidik dulu kebenarannya.Sebagai kesimpulan, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Selalunya kita akan menyesal apabila menyedari tindakan kita itu sebenarnya satu kesilapan, lebih-lebih lagi melibatkan hukuman keatas orang lain. Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini terus berlaku maka berusahalah mengesahkan sesuatu berita itu sama ada benar atau tidak sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenaranya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini denga sebab kejahilan kamu (mengenainya)-sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan. (al-hujurat:6)