30 August 2009

Aksara Merdeka


Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan Aksara Merdeka
Kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf, tapi terlupa maknanya
yang kenal angka tapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka
kenapa masih ada lagi bangsa di tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka
kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan memakmuran tetapi membelakangkan perg ekonomi
yang impian kesejateraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impian kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir aksara merdeka
kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita

Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan aksara merdeka
kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa

Setelah sekian lama menghargai dan menghormatim aksara merdeka
kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri

Nukilan:
Shek..../09
RMKelfm

18 August 2009

takde kene mengene...

Dari....kiri zura, aku , zam dan nor, adik praktikal tempat aku kerje...wah....bergaye sakan lah, Inilah....petugas-petugas penyambut tetamu untk Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009, Peringkat separuh akhir.

aksara bicara

Haiiii...salam sejahtera, salam satu malaysia untuk semua rakan-rakan n sahabat yang singgah. Syukur al-hamdulillah, semalam dah tamat acara pertandingan dikir barat 2009, peringkat separuh akhir. sambutan amat menggalakkan.sorry takleh nak kongsi gambar dikir barat sebab tak sempat nak ambik. o.k lah tu tahniah team penerbitan.
nak crite sikit la...sejak beberapa minggu yang agak sibuk, tapi akhirnye beresss.....

nirwana punye crite....

acara melibatkan kana-kanak pengunjung, roselam memang suka dengan kanak-kanak....wahhh...siap layan lagi., sebenarnya banyak acara yang melibatkan kakank-kanak, seperti tiup belon, baling bola pimpong dan sebagainyeee....

abe jali salam pantai timur pun datang sama-sama memeriahkan acara di nirwana maju, dia ni memang banyak cakap, tapai kalau abe jali takde memang sunyi pun.....maah la be...


Tahniah! adik kita ni dapat hadiah sumbangan nirwana maju, dia ni jua tiup belon,nampak je kecik tapi kuat tiup....nak balik mandi guna tuala tu yee..dek.

kak we dengan uncle ebeng tengah layan adik adik untuk jawab soalan kuiz...jawab dek jangan tak jawab...hadiah banyak lagi. tapi macam takut-takut je....tak boleh jawab ke?

roselam, kak we, uncle ebeng
tengah bagi taklimat kepada peserta yang menyertai game show hari tu....mana gambar aku? tak termasuk takpe laaa...

09 August 2009

pengubat rindu

salam. hari sempat aku update blog. setelah dua tiga hari dok berkampung kat UiTM Machang. untuk bintang realiti. hari ni aku nak tunai janji dengan adik aku ct yang dok kat UKM, nak masukkan gambar-gambar famly buat pengubat rindu. aku dengan mek sempat pergi pantai hari tu, ambik angin hari cuti. buah hatiku isya n izati adik bongsu aku Kina dgn mek ini adalah gambar-gambar keluarga ku untuk tatapan ct, semoga terubat rindu....hu...hu.....

bintang realiti rmkelfm 2009

semalam baru habis pertandingan Bintang Realiti RMkelfm 2009, aduhhh...balik kul 2.00 pg. mata mengantuk tak usah nak cakap laa...., hari ni plak kije pagi. habis je konti kepala aku dah naik pening, tak cukup tidor kot...suara pun dah serak, maah la.... toleh kijo lebih skit. tapi
al-hamdulillah semuanye berjalan lancar. Tahniah lah pada yang berjaya yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun depan. Program hiburan terbitan uncle dd ni memang mendapat sambutan di kalangan anak-anak muda yang ada bakat menyanyi. jangan suruh dj plak yang nyanyi...kalau aku nyanyi sumbang mambang bunyi nye...., he...he...akuilah kelemahan diri.

lepas ke majlis aku bahagian layan-layan tetamu ni...sempat lah aku bergambar dengan artis jemputan alyah yang terkenal dengan lagu tak mungkin kerna sayang dan dr fazli yang pepular dengan lagu asmara ini. ohhh...ye....juri yang terlibat plak awang BPR dan Saari Amri dan kak rosmaria, bekas juara bintang rtm...tahun brape maah kak lupa.

kongsikan skit gambar untuk pertandingan Bintang Realiti tu....sewaktu sesi latihan, dan malam pertandingan sempat gak bergambar dengan alyah.

04 August 2009

roadtax oh roadtax

Salam. Hari ni lepas je konti pagi, aku terus masuk mesyuarat sambutan untuk pertandingan akhir bintang realiti RMkelfm yang akan berlangsung padas 8 ogos 2009. lepas je mesyuarat...tiba-tiba teringat roadtax aku akan tamat 6 hb. alamak, nasib baik ada kawan.....tlg la....roadtax aku dah mati, aku terus telipon kak yah....pagi tadi ains terus hantar kat pej. selesai satu kerja.


Tengahari ni aku takde la...sibuk sangat... lepas mesyuarat aku makan je nasi goreng hok kak we bawa....masin pppeeerak, tapi takpolah mugo hok free, makan jugak la...he...he...marah la...kak we mu, dah la ambik nasi dia kutuk plak. tak dok lah....dalam ramai-ramai saing kak we ni jenis manusia yang paling ambik berat pasal makan. cerita pasal make ni aku memang semangat tu...la....badan aku besar tiap-tiap hari..lepas makan,lepas makan kak we mu nak buat playlist dia nak konti petang. sementara nanti kan anak-anak balik sekolah aku siapkan kontrak artis-artis aku. cerita pasa kontrak kalau lambat buat boss marah ooo....."

03 August 2009

cerite temuduga

Salam kembali untuk semua sahabat yang singgah, maaf dah agak lama tak update, tapi kali ni nak kongsi cerite lagi
Dalam perjalanan ke k.l. sampai di karak kak na ni ajak makan, murah hati kakak ni, ape lagi makan le rombongan kelfm 3 orang ni...he...he...sebenarnye kak na ni adik abang tasik yang tinggal kat karak tu, dia memang baik hati, pe pun terima kasih kak na sebab belanja kita makan malam tu..., degar cerita dah nak dapat menantu.........

sampai k.l dah lewat malam kul 10.00 mlm kami sampai kat iptar. bila dah selesai kat iptar, iwan call ajak minum kat angkasapuri sementera tunggu dia nak baca berita kul 12.30 mlm. bual pangjang la kami...maklum le lame tak jumpe...
tapi dalam diari malaysia kau sempat lagi perli kat aku ye wan....
ape pun terima kasih wan sebab belanja kami minum malam tu..., aku kau awak sibuk tapi sempat jugak jengok kawan-kawan.


Keesokan hari kami awal-awal lagi dah bangun, nak pegi temuduga..., sampai ke kat temuduga, ramai yang dah tinggu..., penerbit seluruh semenanjung yang hadir....aduhh....nampak nye takde can lah aku...ramai lagi penerbit senior dari aku yang datang, tapi tak pe cuba nasib le....


Sementara menunggu giliran sempat jgak bincang-bincang, aku, sidek dan anie dari terengganu fm,





Berikut ni aksi-aksi kawan-kawan aku yang nak di temuduga, ada yang talipon talian hayat , yang tarik muka 14 pun ake, yang gedebar tak sudah pun ada....