26 October 2009

Salam, al-hamdulillah...syukur, hari ini aku nak jengook kawan-kawan, cuma nak cite skit pasal macam-macam kisah....pelik bunyi kan???, tapi itulah pasca warna kehidupan. Dua tiga hari ini hidup aku biasa aje...bahagia, gembira, bersama keluarga, ada masa aku jengok ibu dan adik-adik kat kg. hari minggu aku cuci persekitaran rumah, dan melawat sanak-saudara, eh! macam raya la pulak..., tapi itu rutin bagi kami sekelurga, kalau ada masa....

Dalam kepala aku nak rancang nak gi ziarah sepupu aku yang kemalangan kat tanah merah, pas tu nak pi tengok anak saudara yang baru bersalin - dapat baby baru...tahniah, dan semalam aku terima berita yang abang aku masuk wad kat hospital....., tapi setakat hari ini belum satu pun dapat aku tunaikan lagi....itulah kerdilnye kita sebagai manusia, hanya mampu merancang tapi yang menentukan adalah yang Maha Esa.

kat ofis plak macam-macam kerja yang perlu aku selesaikan, banyak kerja wwoooo...,

harap-harapnya dapat aku selesaikan sebaik mungkin.

Petua orang tua

Petua Sihat

Lindungi Diri Daripada Pencemaran

Memilih untuk tinggal di negara yang 100% bebas pencemaran itu mustahil. Tetapi sekurang-kurangnya cuba elakkan daripada berada di dalam bilik yang penuh asap, kawasan yang sesak atau beriadah di kawasan yang terlalu sibuk dengan kenderaan. Lakukanlah aktiviti luar apabila kualiti udara baik. Tanamlah banyak pohon hijau di laman anda. Semua ini membantu anda mendapatkan kualiti udara yang baik dan secara tak langsung, anda terhindar daripada bahaya pencemaran.


Urutan Pasangan Hilangkan Tekanan

Satu kajian yang dijalankan oleh Psychosomatic Medicine memberitahu wanita yang diurut selama 30 minit oleh suaminya akan kurang mengalami tekanan. Tetapi, urutan itu bukanlah sekali sekala. Sebaliknya, urutan itu haruslah dilakukan secara konsisten iaitu tiga kali seminggu dan berterusan selama sebulan. Dengan urutan ini, hormon 'alpha amylase', iaitu hormon penyebab tekanan akan menurun kira-kira 8%. Hmm, patut tunjuk kat suami info ini.



Puji Orang Lain Untuk Rasa Lebih Gembira

Ingat hidup ini bukan hanya menerima, bahkan juga memberi! Tahukah anda memuji rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang anda jumpa sebenarnya mampu merangsang rasa gembira di dalam hati anda. Apabila orang yang dipuji tertawa dan mengucapkan terima kasih, anda sebenarnya bukan sahaja telah menggembirakan dia, bahkan juga diri anda sendiri. Apapun, sebelum melakukannya, kata kunci untuk semua ini hanya satu, iaitu IKHLAS.


17 October 2009


Haiiii...salam, memang dah agak lama blog aku ni tak terusik, bukan tak nak update, tai takde bahan yang nak di kongsi, lagi pun takde perkembangan terbaru....dan malassss plak tu. Hari ni lepas konti aku nak lepaskan geram aku kat blog ni cikit, buka ape kecian kat kekawan yang singgah, kecewa sakan...tak berubah-rubah blog ni asyik tuuuu.....je.