28 December 2009

Berkelah...di Pantai Sri Tujuh -Tumpat

Kongsikan Kebahagiaan bersama. Hari Jumaat lalu aku dengan keluarga berkelah lagi. Bukan apa untuk relis station anak-anak aku yang bakal kembali bersekolah minggudepan, tambahan pula adik aku masih lagi cuti, so...dia yang layan anak-anak saudara. jommmm...berkelah.
mandi pantai, siap tanam dalam pasir lagi.
he......he....sampai tercabut habis pagar-pagar kak chik..alamak.
posing maut 3 saudara...adik bongsu aku Kina, kakak (anak aku),n ct, adik aku tu...
sampai je terus bakar hotdo...ni budak2 memang suka.

Banyak bekal yang di bawa dari rumah, sibuk bakar ayam.
bakar ct jangan tak bakar...nanti lapar....

best...seronok sangat-sangat
mandi...ombak, tapi awas ombak merbahaya..
eat time...lapar
adik isya...sejuk..mandi senyuman paling manis di dunia keh..keh..keh..., dapat ikan tak?
layan...jangan tak layan...

20 December 2009

kongsi skit

takde apa nak dibuat hari. lepas konti aku ngadap benda ni leee... Nak kongsi jgak dengan kekawan yang singgah kat blog ni.

Aku dengan zura wakil bahagian rancangan Kelantanfm untuk tarian cuti-cuti 1malaysia.
kira o.k. lah. sekurang-kurangnye ada jgak wakil dari jabatan penyiaran kelantan.
Kumpulan dari Jabatan penyiaran, bersama NGO's terlibat.
Aku dan anak-anak sekitar hari persembahan cuti-cuti 1malaysia, di stadium sultan Mohamed ke-V Kota Bharu.
Penglibatan seramai 1200 orang dari pelbagai jabatan dan NGO.

Anak aku dengan sepupu leka tangkap ikan. Fais ni memang kaki tangkap ikan.
elok-elok kak chik, nanti basah seluar tu.
kakak ambil kesempatan untuk posing
isya mandi

Tangkap ikan, adik aku layan anak2buah tangkap ikan. dapat ke tidak?

09 December 2009

Aksara Bicara 2

WANITA
Aku Bukan Wanita jelita
Tapi aku ada kebijaksanaan
Aku bukan wanita cantik
Tapi aku ada keabadian
Aku bukan wanita manja
Tapi aku ada ketegasan

Aku bukan wanita materialistik

Tapi aku hidup sederhana
Aku bukan wanita lemah
Tapi aku ada kukuatan dalam diri
Ini lah aku bergelar WANITA

kesempatan berbicara

Salam 1 malaysia untuk semua yang sudi singgah di teratakku hari ni. Syukur al-hamdulillah hari agak tenang skit. banyak kerja yang dah selesai. cuma tadi aku tolong kak wan ambik kete kat wokshop, dah 2 minggu kete dia demam masuk wokshop. soo...di kesempatan boleh buka laptop ni kita kongsilah ape yang patut dan x patut.
anak-anak aku di hari raya yang lepas.

hari raya pertama aku mengambil kesempatan untuk melawat nenek aku kat kampung, orang yang paling gembira bila balik kampung ialah anak-anak aku,dapat jumpa sepupu maklum le bukan selalu boleh balik kampung walaupun jaraknye tak lah jauh sangat.
lembu yang bakal di korbankan....
suami aku dan beberapa orang terlibat sedang menyiapkan lembu yang telah di korban.
hari raya ke3 aku n kak wan ambil kesempatarn menjadi mc kenduri kawin rumah azian.

01 December 2009

hujannn....lagi.



eee....sejuk, kelantan kembali hujan beberapa hari ni. nasib baik raya baru-baru ini ada panas skit.
time hujan macam ni aku paling rimas, pakaian yang tak sempat nak kering. satu lagi problem nye, time hujan ni, anak-anak aku kuat makan.