24 February 2009

Tazkirah Hati




Kita suka bila kita dipercayai
Tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain
Kita suka bila kita disanjungi
Tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain
Kita tidak suka dicaci
Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain
Kita tidak suka dikhianati
Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lai
Kita tidak suka dizalimi
Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain
Kita tidak suka dibenci
Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain
Kita tidak suka disakiti
Tetapi kenapa kita menyakiti orang lain
Kita tidak suka dipersalah
Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain
Kita tidak suka dikritik
Tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain
Kata tidak suka hak kita dirampas
Tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain
Kita tidak suka diumpat
Tetapi kenapa kita suka mengumpat orang lain
Kita kita ingin dihormati
kita juga mesti belajr untuk menghormati orang lain
Kita kita ingin dihargai
Kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain
Kalau kita ingin difahami
Kita juga mesti balajr untuk memahami orang lain
Kalau kita ingin disayangi
Kita juga mesti belajar untuk menyayangi orang lain

Kita suka bila kita dipercayai
Kita suka bila kita dihargai
kKita suka bila kita dihormati
Kita suka bila kita dikasihi
Kita suka bila kita difahami
Kita suka bila kita disayangi

Kita juga suka bila kita dipuji tetapi
Kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan
Pentadbir alam semulajadi
Kita juga sangat suka bila dicintai tetapi....
Kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari
cinta Rabbul Izzati?
Kenapa kita jadi begini?
Ketuklah hati....Koreksi peribadi....Muhasabah diri....

"Usah kita bimbang jika kita tidak dihargai tetapi....
kita perlu bimbang jika kita tidak berharga lagi"

19 February 2009

Solat


SOLAT adalah tiang agama dan amal ibadat pertama yang akan dinilai di akhirat nanti. Oleh itu, jangan pandang mudah amalan ini kerana ia diletakkan di kedudukan yangn paling tinggi. Malah amalan solat lima waktu merupaka rukun islam kedua yang dituntut ke atas semua umat islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, kama diletakkan semua dosanya diatas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu" (Riwayat at-Thabrani & al-Baihaqi daripada Ibnu Umar)

15 February 2009

Permataku

Anak perhiasan di dunia dan akhirat. Didalam Al-quran, Allah s.w.t menjelaskan bahawa anak-anak adalah perhiasan kehidupan manusia. Yang dimaksudkan dengan perhiasan kehidupan ini bukan sekadar perhiasan kehidupan dunia, tetapi juga perhiasan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Petikan kata-kata dari penceramah bebas Ustazah Siti Norbahyah Mahamood.

naik buai la...kak chik nge adik..., mereka berdua ni memang susah nak berenggang, tapi kalau mama tak ada gaduhhhh plak.
jeling pulak, kak chik jeling jeling.

haiiii......, mai naik basikal, baru belajar nak naik basikal, tapi jalan tak boleh lagi, macam mana niiii?

wan mohd toufid, ni abang long. serius je...saje buat-buat garang orangnye baikkk....sangat

fais dekat pantai, felling je...? ape hal?
wan nur arisha balgis, senyum sokmo tuuuu, tambah, manis dalam senyuman, kurang manis dalam makanan. ingat isha pesan tu....,

wan nur hidayah ni kakak mithali, macam model la plak...

izzati nge isha. sayang nampak......

14 February 2009

Kursus

Ketika mengikuti kursus di Terengganu fm pada 9 -13.feb. 2009.
Peluang berjumpa dengan dj-dj seluruh negara dipergunakan sepenuhnya, Tunjuk ajar dan talimat yang diberikan oleh pencaramah amat berguna kepada saya dan rakan- rakan. bukan senang nak jumpa dengan komposer dan penulis lirik tersohor negara saudara Ly dan Baiduri, apatah lagi penulis lirik dari veteren yang di datangkan khas dari singapura Pak Yusnor ef, disamping itu, bekas dj tersohor negara saudara noramin, banyak membuka minda aku dan rakan rakan.

kepada semua sahabat-sahabat yang pernah bersama ku, harapnya kenangan bersama tetap abadi dalam ingatan. Juga diharapkan ukhwah yang terjalin itu tidak akan berakhir disitu sahaja.

03 February 2009

assalamualaikum












Assaamualaikum & salam sejahtera, blog ini masih dalam pembikinan..terima kasih kepada anda yang sudi menjenguk blog saya.Kepada rakan rakan yang kebetulan singgah sudi-sudikanlah komen,komen anda di alu-alukan untuk penambahbaikan.t.q.Untuk nik yang mungkin tengok blog ni, sorry...akak guna gambar ni tanpa mintak izin dulu, sebab akak rasa gambar ni yang paling o.k., takpe la...ye!