03 May 2009

sekilas


Hari ni dah beberapa hari kita melangkah ke bulan Mei. bulan ini juga istimewa untuk mereka yang bergelar ibu..."SELAMAT HARI IBU" buat ibu tercinta. Halalkan susu ibu yang mengalir dalam jasad ini, sesungguhnya aku amat kerdil, restuilah setiap langkah perjalanan anakmu ini. Amin....STOP.

Saban hari kita menerima perkhabaran yang kadang kalanya betul dan kadang kalanya hanya sekadar khabar angin. Sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang yang lain akhirnya boleh mengubah cerita asal kerana sering di tokok tambah. Sebagai seorang yang beriman dan mempunyai akal fikiran yang waras, kita tidak boleh menerima sesuatu berita tanpa usul periksa. Berhati-hati dan selidik dulu kebenarannya.Sebagai kesimpulan, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Selalunya kita akan menyesal apabila menyedari tindakan kita itu sebenarnya satu kesilapan, lebih-lebih lagi melibatkan hukuman keatas orang lain. Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini terus berlaku maka berusahalah mengesahkan sesuatu berita itu sama ada benar atau tidak sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenaranya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini denga sebab kejahilan kamu (mengenainya)-sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan. (al-hujurat:6)

29 April 2009

from daus

T.Q daus, sebab hadiahkan akak n kawan-kawan dengan award tu, semoga persahabatan berkekalan. yang bestnye..dalam blog daus ada macam-macam benda pelik. best sangat akak tengok. kalau adaboleh kongsi-kongsilah ye...

26 April 2009

picture edit

ini kira...baru nak belajar edit gambar....

25 April 2009

konti oh konti

Dalam kecanggihan hari ini, kita mampu buat apa saje...ini adalah sebahagian tugas dj-dj kelantan fm, gitu la lebih kurang nye....


Hari tak ada apa yang istimewa sangat, cuma aku masih lagi belajar untuk memperbaiki blog ni. TQ untuk sahabat-sahabat yang banyak membantu. cuma yang nak di kongsikan hari ini ialah tugas dj-dj tak kiralah mana-mana stesen lebih kurang sama je..., aku dah masukkan satu contoh Abby di konti. mungkin ramai dah biasa lihat dekat 8TV dan TV9, jadi aku pun tak nak lepas peluang masukkan juga dalam blog aku ini.so...commen la skit...,kalau takde takpe..Grafik dekat sebelah tu saje aku masukkan untuk mencantikkan pemandangan. aku memang suka benda-benda macam ni....