28 December 2009

Berkelah...di Pantai Sri Tujuh -Tumpat

Kongsikan Kebahagiaan bersama. Hari Jumaat lalu aku dengan keluarga berkelah lagi. Bukan apa untuk relis station anak-anak aku yang bakal kembali bersekolah minggudepan, tambahan pula adik aku masih lagi cuti, so...dia yang layan anak-anak saudara. jommmm...berkelah.
mandi pantai, siap tanam dalam pasir lagi.
he......he....sampai tercabut habis pagar-pagar kak chik..alamak.
posing maut 3 saudara...adik bongsu aku Kina, kakak (anak aku),n ct, adik aku tu...
sampai je terus bakar hotdo...ni budak2 memang suka.

Banyak bekal yang di bawa dari rumah, sibuk bakar ayam.
bakar ct jangan tak bakar...nanti lapar....

best...seronok sangat-sangat
mandi...ombak, tapi awas ombak merbahaya..
eat time...lapar
adik isya...sejuk..mandi senyuman paling manis di dunia keh..keh..keh..., dapat ikan tak?
layan...jangan tak layan...

20 December 2009

kongsi skit

takde apa nak dibuat hari. lepas konti aku ngadap benda ni leee... Nak kongsi jgak dengan kekawan yang singgah kat blog ni.

Aku dengan zura wakil bahagian rancangan Kelantanfm untuk tarian cuti-cuti 1malaysia.
kira o.k. lah. sekurang-kurangnye ada jgak wakil dari jabatan penyiaran kelantan.
Kumpulan dari Jabatan penyiaran, bersama NGO's terlibat.
Aku dan anak-anak sekitar hari persembahan cuti-cuti 1malaysia, di stadium sultan Mohamed ke-V Kota Bharu.
Penglibatan seramai 1200 orang dari pelbagai jabatan dan NGO.

Anak aku dengan sepupu leka tangkap ikan. Fais ni memang kaki tangkap ikan.
elok-elok kak chik, nanti basah seluar tu.
kakak ambil kesempatan untuk posing
isya mandi

Tangkap ikan, adik aku layan anak2buah tangkap ikan. dapat ke tidak?

09 December 2009

Aksara Bicara 2

WANITA
Aku Bukan Wanita jelita
Tapi aku ada kebijaksanaan
Aku bukan wanita cantik
Tapi aku ada keabadian
Aku bukan wanita manja
Tapi aku ada ketegasan

Aku bukan wanita materialistik

Tapi aku hidup sederhana
Aku bukan wanita lemah
Tapi aku ada kukuatan dalam diri
Ini lah aku bergelar WANITA

kesempatan berbicara

Salam 1 malaysia untuk semua yang sudi singgah di teratakku hari ni. Syukur al-hamdulillah hari agak tenang skit. banyak kerja yang dah selesai. cuma tadi aku tolong kak wan ambik kete kat wokshop, dah 2 minggu kete dia demam masuk wokshop. soo...di kesempatan boleh buka laptop ni kita kongsilah ape yang patut dan x patut.
anak-anak aku di hari raya yang lepas.

hari raya pertama aku mengambil kesempatan untuk melawat nenek aku kat kampung, orang yang paling gembira bila balik kampung ialah anak-anak aku,dapat jumpa sepupu maklum le bukan selalu boleh balik kampung walaupun jaraknye tak lah jauh sangat.
lembu yang bakal di korbankan....
suami aku dan beberapa orang terlibat sedang menyiapkan lembu yang telah di korban.
hari raya ke3 aku n kak wan ambil kesempatarn menjadi mc kenduri kawin rumah azian.

01 December 2009

hujannn....lagi.



eee....sejuk, kelantan kembali hujan beberapa hari ni. nasib baik raya baru-baru ini ada panas skit.
time hujan macam ni aku paling rimas, pakaian yang tak sempat nak kering. satu lagi problem nye, time hujan ni, anak-anak aku kuat makan.

23 November 2009

Welcome Back


welcome back! yahoo...dah masuk habuan bulan ni, dari semalam ATM asyik Out Of Service je.., mungkin semalam orang dah kebas semua. Biasa lah. sebab dah lama tunggu. itulah jadinye... Dua tiga hari lagi nak raya, nak korban lagi di tambah pula dengan keadaan banjir, semua nak pakai duit. pantang masuk je gaji terus serbu. Ape pun semoga selamat semua..., untuk kekawan yang akan balik kamp;ung raya, hati-hati jangan sampai terkorban di jalan raya = pesanan ikhlas dari djlinkelfm.blogspot.com. TERUS SETIA BERSAMA RADIO MALAYSIA KELANTAN.

22 November 2009

2 kisah

salam untuk semua kekawan, hari ni sempat aku ketuk-ketuk gerabak aku ni..., dalam dua tiga hari ni kelantan semua dah maklum- banjir. banyak kawasan yang dinaiki akhir. biaselah musim tengkujuh. kata orang alah bisa tegal biasa. bila tiba musim tengkujuh macam ni, ada yang mengambil kesempatan nak cari jodoh, sambil-sambil main air. kalau ada yang tersangkut tu kira rezeki. tahun depan naik pelamin. tapi yang biasa terjadinye separuh jalan je...itu yang tak sedap baca. Sekarang ni pun musim cuti sekolah, macam biasa le. orang luar memang suka melancung di musim banjir macam ni, katanye nak kongsi musim tengkujuh. tak kisah lah ape pun asal bahagia. Bagi kawasan yang teruk di landa banjir. dah tak merasai seronok...lagi, asyik dok pikir harta benda yang musnah, dan lebih menyedihkan lagi ada nyawa orang tersayang terkorban. so ingat banjir bukan pesta... jangan main air weeeiiiii.

SEKITAR MAJLIS GRADUASI ECC DI HOTEL RENAISSON KOTA BHARU

Ini kak chik, atau wan nur izati, baru je 6 tahun, tahun depan masuk tahun satu, hobi suka cakap dan menari, macam mak dia. paling dia marah, barang hak milik jangan di kongsi. takut hilang..he..he.....macam-macam kerenah..letih mama.


selepas persembahan, lapar plak, cikgu -cikgu ecc kampung sirih layan anak murid.


kak chik memang susah nak makan kalau mama tak teman, so aku pun ambil tugas, layan dia makan. umi nak ayam...

Dua sekawan yang sehati sejiwa, nama kawan ni nana.jugak 6 tahun

Ini kumpulan tarian dari ecc kampung sirih. semuanye pelajar 6 tahun, dua minggu berlatih tarian arab...ya...ya...ya....

penuh semangat kak chik kita menari, ikut step plak tu. baik-baik chik, takut terkucil

tak tahu plak anak aku ni pandai menari, tarian arab plak tu. eewah...boleh tahan jgak budak ni.

Bila dah habis nak balik, sempat lagi dua beradik ni posing, siap atas kerusi pengantin lagi.
kakak datang jugak bagi sokongan, dia ni sebenarnye kaki ikut, kemana saje mama pergi dia la...bahagian tumpang sekaki.

Bila semua dah dapat sijil , time fotografi plak le, tengok masing-masing sibuk dengan sijil, masing-masing buat hal. tengokkk depan...klik.


wahhh....kak chik dah dapat izazah..he...he...ijazah ye... cita-cita nak jadi cikgu, sebab dia minat sangat dengan cikgu fatimah...., indahnye zaman tadika ni....klik.



kakak ambil kesempatan posing.

sebenarnye tunggu no cabutan bertuah, tapi takde rezeki, nombor tak naik.


orang kena tinggal jangan marah! adik ni pantang buka kereta, dia orang yang pertama naik, posing je tu..yang pasti senyum maintain dek..!

yang pastinye adik isya kita ni kena tinggal dekat rumah, jangan marah dek, kalau bawa alamat kecoh satu bolrome hotel. dia ni emang tak boleh duduk diam sabor je.... le....

O.K jumpe lagi. jangan jemu singgah!!!!!TERUS BERTEMANKAN RADIO MALAYSIA KELANTAN FM.









16 November 2009

Sekitar Bintang Kecil Zon Timur 2009

salam, buat rakan-rakan yang singgah. Hari ini nak cerita sikit pasang bintang kecil 2009 yang berlansung di taman budaya kuala ibai, kuala terengganu. Rombongan dari kelantanfm bertolak pada hari khamis 12.11.09 untuk persiapan. Aku penerbit, dd belancer, ebeng dan kak chik penyelia yang turut hadir untuk pantau anak2 buah he...he...segalanya berjalan lancar
Berdebar menunggu giliran untuk persembahan, aku tengok budak-budak ni dah tension habis......sabar dek yeee....



adik elis dah siap mek-up, senyum ada makna tu....adik elis nyanyi lagu erti budi yang di popularkan oleh azian mazuan sapuan, penyanyi berasal dari terengganu. kecik-kecik cili padi, badan kecil, suara besar.



Tiga serangkai - sebelum acara peyampaian hadiah, sempat lagi 3 dara pinggitan ni, posing. kawan kita tu, kenape sampai buka kasut? kuang...kuang...kuang.....

Dua peserta yang mewakili negeri kelantan adik Nur Afrina Shadi bt. Asmadi, dan adik Nur Elis Ezaty bt. mohd Zaini. Afrina nyanyi lagu persis mutiara.
mc malam tu, sue dan farah, dj's Terenggaufm - jgan lupe layari www.tfm.gov.my, wah! siap promo lagi.


sesi mek-up peserta di belakang pentas.....sibuk jangan nak cakap la......

Afrina sedang di solek oleh mek-up artis
sempat senyum lagi...mek-up belum siap lagi dek.

ini adik balqis yang mewakili negeri terengganu sedang mek-up, dia ni kecik-kecik pun dah pandai mek-up sendiri, sambil di bantu oleh mama
Sesi temubual di radio malaysia terengganu fm
satu-satunyapeserta dari kaun cina yang mewakili negeri pahang, sedang keudara bersama radio malaysia kelantan selepas keudara di radio Malaysia terengganu. yang menariknya xieu, terpaksa menghafal lirik


dalam konti radio malaysia terengganu, bersama dj jaja, untuk sesi temubual peserta akhir, bintang kecil 2009.

Akhir sekali tahniah kepada peserta yang berjaya, dan kepada yang kurang berjaya, boleh cuba lagi tahun depan.