

eee....sejuk, kelantan kembali hujan beberapa hari ni. nasib baik raya baru-baru ini ada panas skit.
time hujan macam ni aku paling rimas, pakaian yang tak sempat nak kering. satu lagi problem nye, time hujan ni, anak-anak aku kuat makan.

Ini kak chik, atau wan nur izati, baru je 6 tahun, tahun depan masuk tahun satu, hobi suka cakap dan menari, macam mak dia. paling dia marah, barang hak milik jangan di kongsi. takut hilang..he..he.....macam-macam kerenah..letih mama.
selepas persembahan, lapar plak, cikgu -cikgu ecc kampung sirih layan anak murid.
kak chik memang susah nak makan kalau mama tak teman, so aku pun ambil tugas, layan dia makan. umi nak ayam...
Dua sekawan yang sehati sejiwa, nama kawan ni nana.jugak 6 tahun
Ini kumpulan tarian dari ecc kampung sirih. semuanye pelajar 6 tahun, dua minggu berlatih tarian arab...ya...ya...ya....
penuh semangat kak chik kita menari, ikut step plak tu. baik-baik chik, takut terkucil
tak tahu plak anak aku ni pandai menari, tarian arab plak tu. eewah...boleh tahan jgak budak ni.
Bila dah habis nak balik, sempat lagi dua beradik ni posing, siap atas kerusi pengantin lagi.
kakak datang jugak bagi sokongan, dia ni sebenarnye kaki ikut, kemana saje mama pergi dia la...bahagian tumpang sekaki.
Bila semua dah dapat sijil , time fotografi plak le, tengok masing-masing sibuk dengan sijil, masing-masing buat hal. tengokkk depan...klik.
wahhh....kak chik dah dapat izazah..he...he...ijazah ye... cita-cita nak jadi cikgu, sebab dia minat sangat dengan cikgu fatimah...., indahnye zaman tadika ni....klik.
kakak ambil kesempatan posing.
sebenarnye tunggu no cabutan bertuah, tapi takde rezeki, nombor tak naik.
orang kena tinggal jangan marah! adik ni pantang buka kereta, dia orang yang pertama naik, posing je tu..yang pasti senyum maintain dek..!
yang pastinye adik isya kita ni kena tinggal dekat rumah, jangan marah dek, kalau bawa alamat kecoh satu bolrome hotel. dia ni emang tak boleh duduk diam sabor je.... le....
Berdebar menunggu giliran untuk persembahan, aku tengok budak-budak ni dah tension habis......sabar dek yeee....
adik elis dah siap mek-up, senyum ada makna tu....adik elis nyanyi lagu erti budi yang di popularkan oleh azian mazuan sapuan, penyanyi berasal dari terengganu. kecik-kecik cili padi, badan kecil, suara besar.
Tiga serangkai - sebelum acara peyampaian hadiah, sempat lagi 3 dara pinggitan ni, posing. kawan kita tu, kenape sampai buka kasut? kuang...kuang...kuang.....
Dua peserta yang mewakili negeri kelantan adik Nur Afrina Shadi bt. Asmadi, dan adik Nur Elis Ezaty bt. mohd Zaini. Afrina nyanyi lagu persis mutiara.
mc malam tu, sue dan farah, dj's Terenggaufm - jgan lupe layari www.tfm.gov.my, wah! siap promo lagi.
Afrina sedang di solek oleh mek-up artis
sempat senyum lagi...mek-up belum siap lagi dek.
ini adik balqis yang mewakili negeri terengganu sedang mek-up, dia ni kecik-kecik pun dah pandai mek-up sendiri, sambil di bantu oleh mama
Sesi temubual di radio malaysia terengganu fm
satu-satunyapeserta dari kaun cina yang mewakili negeri pahang, sedang keudara bersama radio malaysia kelantan selepas keudara di radio Malaysia terengganu. yang menariknya xieu, terpaksa menghafal lirik
dalam konti radio malaysia terengganu, bersama dj jaja, untuk sesi temubual peserta akhir, bintang kecil 2009.