29 June 2009

sehari di chucuh putri

Haiii...salam blog kembali buat tatapan kawan-kawan,
nak cerite lagi hari ni, mengenai chucuh putri, salah satu daerah yang terdapat di M.U. lokasi nye memang jauh di pendalaman, kat sini mcam XTVT yang kita buat ada gotong-royong, ada sukaneka, dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Bertolak seawal jam 7.00 pg dari pekarangan RMkelfm, perjalanan kami dibawa oleh pacuan 4 roda skuad 4x4 kelab Sahabat RMKelfm. kami bertolak secara konvoi disertai bersama oleh pelajar-pelajar KIST (Kolej Islam Sains Dan Teknologi).


Berhenti dan berkumpul semsntara menanti kumpulan pasukan motosikal berkuasa besar yang menyambut kedatangan ronbongan dari RMKelfm. Apa agaknye yang dibincangkan oleh ebby sampaikan kawan kita ni khusyuk sangat....opss...ni le kamera men kita yang baru tu ye.
Sementara tunggu, sempat posing dengan rakan setugas aku, senyum semangat blako, stedy everredy beb! Ros selam, abe din, azny,zura,aku,dd, & rudin.

Lama sangat tunggu, posing lagi kawan-kawan aku, bukan apa nak hilang tension, panas oo......, walaupun atas bukit tapi bahang panas terasa sangat, che awe pun ikut skali, sebab kita nak buat rakaman seloka bersahut - terbitan roselam.

Setelah sampai rombongan kami disambut dengan acara yang begitu meriah oleh penduduk setempat. selepas acara sambutan, kini tibalah masa untuk kami bertugas, iaitu acara gotong-royong di Lata Kelah,tempat air terjun eeee.....best nye tak sabar nak pergi ni semangat.....
Bukan senang untuk rombongan kami sampai ke lokasi Lata Kelah ni, terpaksa rentas sungai kecil dengan pacuan empat roda, mencabar tu...
tanah becak dan berbukit kami terpaksa redah, ni merupakan pengalaman yang jarang-jarang skali kita jumpa kalau kat bandar.

sewaktu meredah sungai ada peristiwa yang menggemparkan kumpulan kami, tengokla apa yang dia orang tengok ni suspen.....suspen....
OOO......rupenye jip merah ni dah tersangkut, tak boleh naik bukit, terpaksa laa...ditarik. Disinilah perlunye semangat berkumpulan sementera menunggu masaalah jip selesai, posing lagi, ha...ha...ha...3 mak dara pinggitan. Maah la....(tride mak zura).

Bila dah selesai masalah jip tu, kami terus ke lata kelah, gotong-royong sambil mandi manda kat air terjun tu...best sangat-sangat, letih tadi dah hilang, bila dapat mandi dan makan tengahari kat lata kelah. Aku dengan zura cari le tempat yang sesuai untuk posing

wah....dah lebih cik kak dua ni, siap posing. layan....jiwa yang lara
azny dah tertarik dengan panorama alam semulajadi. Keindahan alam yang belum tercemar. Ape pun segala-galanye berjalan dengan lancar. dan dikesempatan ini, aku nak ambil kesempatan kepada penduduk -penduduk chucuh putri, manik urai terima kasih diatas layanan anda semua. semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan. Ada masa insyaallah jumpe lagi........

No comments:

Post a Comment