13 July 2009

andai itu takdir-Mu

Haiii....salam kembali buat sahabat-sahabat yang singgah. Aku ni sememangnye memang suka menulis, bila dah datang idea ni rasa nak kongsi jugak dengan pelawat, tapi tak tahu lah ape dah jadi dengan madah aku kat bawah ni..., kira boleh lah...untuk rakan-rakan penulis yang pernah bersama-sama ku sewaktu dahulu, Kenangan bersama kalian tetap abadi dalam minda ku. semoga kalian semua dalan situasi yang amat membahagiakan.


sesekali terdetik dalam hati ini
minda juga sering berbicara, pelbagai persoalan yang timbul
aku sentiasa mencari damai
walaupun ku tahu, danau dan onak duri terpaksa aku tempoh
pahit dan manis terpaksa aku telan
namun ku gagahi jua, kudrat yang ada demi sebuah kebahagiaan.
aku sendiri binggung
persoalan demi persoalan yang timbul dari benak ini
yang sememangnya amat sukar untuk aku sendiri mencari jawapan.

oh...hidupku terasa kosong. Ya Tuhan, bantulah hamba-Mu ini, berilah petunjuk dan hidayahmu kepada ku. sesungguhnye hanya padamu aku memohon dan berserah

AZIMAT CINTA

cahaya cintaku ini, berkilauan, selautan kasih bercahaya bagaikan butiran permata seolah-olah terapung di permukaannya dan ku menjejaki pantai rindu menanti kasih yang dampar, kan ku rangkai kan nya satu demi satu dengan kasihsayangmu kini menjadi kalungan azimat cintaku walau tidak dibasahi hujan namun tempiasnye menyegarkan biarpun rembulan, tidak di ribaan, namun cahayanya cukup menerangi bayangan harum lah cinta di jiwa, sewangi kasturi syurgawi semoga bahagia jadi milik kita yang abadi selama-lamanya......... Daku menjejaki pantai rindu menyaksi pasir yang terdampar ombak resah menghempasi diri, hanyutkan lah kedukaan bawalah lah jauh daripada bayangan Andai sinar mentari, terlindung dibalik redupan awanan, yang berlabuh singkaplah tirai kasihmu, agar ia bisa menyinarkan cahayanya untuk kita berdua.......

No comments:

Post a Comment