26 October 2009

Petua orang tua

Petua Sihat

Lindungi Diri Daripada Pencemaran

Memilih untuk tinggal di negara yang 100% bebas pencemaran itu mustahil. Tetapi sekurang-kurangnya cuba elakkan daripada berada di dalam bilik yang penuh asap, kawasan yang sesak atau beriadah di kawasan yang terlalu sibuk dengan kenderaan. Lakukanlah aktiviti luar apabila kualiti udara baik. Tanamlah banyak pohon hijau di laman anda. Semua ini membantu anda mendapatkan kualiti udara yang baik dan secara tak langsung, anda terhindar daripada bahaya pencemaran.


Urutan Pasangan Hilangkan Tekanan

Satu kajian yang dijalankan oleh Psychosomatic Medicine memberitahu wanita yang diurut selama 30 minit oleh suaminya akan kurang mengalami tekanan. Tetapi, urutan itu bukanlah sekali sekala. Sebaliknya, urutan itu haruslah dilakukan secara konsisten iaitu tiga kali seminggu dan berterusan selama sebulan. Dengan urutan ini, hormon 'alpha amylase', iaitu hormon penyebab tekanan akan menurun kira-kira 8%. Hmm, patut tunjuk kat suami info ini.



Puji Orang Lain Untuk Rasa Lebih Gembira

Ingat hidup ini bukan hanya menerima, bahkan juga memberi! Tahukah anda memuji rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang anda jumpa sebenarnya mampu merangsang rasa gembira di dalam hati anda. Apabila orang yang dipuji tertawa dan mengucapkan terima kasih, anda sebenarnya bukan sahaja telah menggembirakan dia, bahkan juga diri anda sendiri. Apapun, sebelum melakukannya, kata kunci untuk semua ini hanya satu, iaitu IKHLAS.


1 comment:

  1. Hmmm..mari ler kita amalkan sesame petua ni ye kak Lin..hehe.

    Kak Lin pe kaba? Semoga sihat bersama famili tercayang..

    ReplyDelete