08 March 2009

Salam Maulidur rasul- 12 Rabiul Awal/ 9 Mac 2009



Buat Renungan Bersama
Meneruskan Tugas Rasulullah
Surah Ali Imran ayat 164
Menunjukkan kita tugas Rasullah yang perlu diteruskan oleh umatnya. Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka orang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membaca kepada mereka ayat-ayat Allah, membrsih (jiwa) mereka dan mengajar kepada mereka al-kitab dan al-hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Namun beliau akui tugas itu bukan mudah an memerlukan kerja kuat dan keazaman serta keyakinan untuk berjaya. Pesan beliau juga, umat islam tidak harus mengutamakan akhirat semata-mata sehingga meninggalkan langsung urusan duniawi kerana itu lebih merugikan umat islam di dunia dan akhirat.
"sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka kita perlu memakmurkan bumi Allah. Kita tidak boleh lari dari dunia dan kena ikut serta, cuma jangan lalai dan menjadi pengikut" kata Abu Hassan.

Hari berganti, bulan berlalu.. kita tiba kembali di bulan RabiulAwal... iaitu tahun kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia, masih boleh menghirup udara untuk menyambung sisa kehidupan yang berakhirnya bukan kuasa kita.

Sempena RabiulAwal ini, kita juga imbas kembali wanita-wanita terpilih yang pernah menjadi isteri baginda:
.....................................................................................................................................................................
Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Baginda Rasullallah pernah berkahwin dengan 13 orang wanita iaitu sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.

Isteri-isteri Baginda ialah:

Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
Aisyah bt Abi Bakr r.a
Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
Safiyah bt. Huyay
Zainab bt. Jansyin
Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
Zainab bin Khuzaimah

1 comment:

  1. salam atas rosul..
    salam atas keluarganya.

    semoga kita bisa dapat syafa'at dari beliau di bulan suci ini..
    Ilahi Amiin..

    ReplyDelete