20 September 2009

Salam Lebaran


Hari ni masuk hari yang ke2 umat islam menyambut hari raya. Kegembiraan dapat dirasai di mana-mana. yang paling seronok ialah kanak-kanak. teringat aku di zaman kanak-kanak yang tak mungkin aku lalui lagi. Dari hari raya pertama lagi aku bertugas di konti dan hari ni hari raya yang kedua. aku tak kisah, memang dah ini kerja aku, apapun aku gembira dapat berhari raya bersama pendengar-pendegar setia RMKelfm. Dikesempatan ini aku menyucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat yang sudi singgah kat blog ni, maaf zahir batin, kalau sekiranya ada salah dan silap sepanjang kalian bersama celoteh aku di ruang udara Radio Malaysia Kelantan fm.

05 September 2009

problem lagi.....

Aduh....masaalah tahunan kembali lagi.
aku rasa bukan aku yang hadapi masaalah, kalian pun same kan! bila tiba hari raya poket yang besar-besar jadi kecik secara tiba-tiba, boleh dikatakan setiap dari kita buat persiapan hari raya berdasarkan kepada kemampuan masing-masing, tapiii...ade jgak yang tergelincir sampai terpaksa berhutang sana-sini, semata-mata memenuhi keperluan yang di minta oleh hati dan perasaan kita sendiri. betul kata pepatah ikut hati - mati, ikut rasa kita boleh binasa. Dalam sedar atau tidak itu kesilapan yang sering kita lakukan. Di Hari raya kita nak sentiasa kelihatan sempurna semuanya, dari segi makan minum, pakaian, perabut rumah dan sebagainya...sampai sanggup berhuuutaaggg....., padahnye....terpaksa tanggung huntang sampai 5-6 tahun...
itulah sikap kita yang selalu di kawal oleh nafsu. Nafsu yang membuatkan fikiran kita buntuuu.... Ape pun untuk dikongsi bersama, pandai-pandai lah...kita mengawal poket kita, agar kita tidak di timpa masaalah yang berpanjangan. Cukup sekadar yang termampu, dan bersederhana dalam setiap perbuatan. Aku selalu pesan kat anak-anak, ringan-ringankan tangan, masukkan duit dalam celeng, untuk bekalan waktu-waktu kecemasan.
JADIKAN DIRI ANDA PENGURUS WANG YANG BIJAK