29 June 2009

sehari di chucuh putri

Haiii...salam blog kembali buat tatapan kawan-kawan,
nak cerite lagi hari ni, mengenai chucuh putri, salah satu daerah yang terdapat di M.U. lokasi nye memang jauh di pendalaman, kat sini mcam XTVT yang kita buat ada gotong-royong, ada sukaneka, dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Bertolak seawal jam 7.00 pg dari pekarangan RMkelfm, perjalanan kami dibawa oleh pacuan 4 roda skuad 4x4 kelab Sahabat RMKelfm. kami bertolak secara konvoi disertai bersama oleh pelajar-pelajar KIST (Kolej Islam Sains Dan Teknologi).


Berhenti dan berkumpul semsntara menanti kumpulan pasukan motosikal berkuasa besar yang menyambut kedatangan ronbongan dari RMKelfm. Apa agaknye yang dibincangkan oleh ebby sampaikan kawan kita ni khusyuk sangat....opss...ni le kamera men kita yang baru tu ye.
Sementara tunggu, sempat posing dengan rakan setugas aku, senyum semangat blako, stedy everredy beb! Ros selam, abe din, azny,zura,aku,dd, & rudin.

Lama sangat tunggu, posing lagi kawan-kawan aku, bukan apa nak hilang tension, panas oo......, walaupun atas bukit tapi bahang panas terasa sangat, che awe pun ikut skali, sebab kita nak buat rakaman seloka bersahut - terbitan roselam.

Setelah sampai rombongan kami disambut dengan acara yang begitu meriah oleh penduduk setempat. selepas acara sambutan, kini tibalah masa untuk kami bertugas, iaitu acara gotong-royong di Lata Kelah,tempat air terjun eeee.....best nye tak sabar nak pergi ni semangat.....
Bukan senang untuk rombongan kami sampai ke lokasi Lata Kelah ni, terpaksa rentas sungai kecil dengan pacuan empat roda, mencabar tu...
tanah becak dan berbukit kami terpaksa redah, ni merupakan pengalaman yang jarang-jarang skali kita jumpa kalau kat bandar.

sewaktu meredah sungai ada peristiwa yang menggemparkan kumpulan kami, tengokla apa yang dia orang tengok ni suspen.....suspen....
OOO......rupenye jip merah ni dah tersangkut, tak boleh naik bukit, terpaksa laa...ditarik. Disinilah perlunye semangat berkumpulan sementera menunggu masaalah jip selesai, posing lagi, ha...ha...ha...3 mak dara pinggitan. Maah la....(tride mak zura).

Bila dah selesai masalah jip tu, kami terus ke lata kelah, gotong-royong sambil mandi manda kat air terjun tu...best sangat-sangat, letih tadi dah hilang, bila dapat mandi dan makan tengahari kat lata kelah. Aku dengan zura cari le tempat yang sesuai untuk posing

wah....dah lebih cik kak dua ni, siap posing. layan....jiwa yang lara
azny dah tertarik dengan panorama alam semulajadi. Keindahan alam yang belum tercemar. Ape pun segala-galanye berjalan dengan lancar. dan dikesempatan ini, aku nak ambil kesempatan kepada penduduk -penduduk chucuh putri, manik urai terima kasih diatas layanan anda semua. semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan. Ada masa insyaallah jumpe lagi........

24 June 2009

lawatan dan rehat

Haiii...jumpa lagi. hari ni, agak tenang skit la.., takde konti, cuma siap program je. untuk siaran hari sabtu dan siapkan playlist untuk konti hari ahad-mornig. hari jumaat semua KRU RMkelfm akan ke M.U, untuk sukan rakyat..sambil dok layar internet, sempat aku jengok kekawan kat blog-blogs pebret aku, rindu juga kat kawan-kawan lama tak jumpa, jadi untuk hilangkan rindu tu aku save gambar korang dalam blog aku dengan kata-kata kalian tetap dalam ingatan ku.Buat kawan-kawan yang tak tersave gambar, jangan kecil hati plak lain kali giliran korang plak.e-wan klasik nasional
a> iera klasik nasional, selalu keudara menerusi diari malaysia, tapi tak pernah jumpa tuan lagi. kira kawan jgak la tu..., buat tuan empunya gambar ni, sorry tak mintak ijen save gambar ni, aku dah ciplak dlm kau orang punye website stesen. buat kawan-kawan yang lain nurul, haris, - klasik,goog luck and heppy sokmo. balik nanti boleh belanja....beb!

kebiasaannya setiap khamis adalah hari yang di tunggu-tunggu setiap minggu. nak tahu kenape? sebab hari terakhir kerja, aku tak sabar untuk bersama orang tersayang. bukan aku tak suka kerja, tapi dikesempatan yang ada rasanya nak pergunakan sepenuhnya untuk bersama anak-anak aku. sesibuk manapun kerja aku naluri ibu tak lekang dari hari ku rindu....sangat saat bermain dengan anak-anak, melayan kerenah anak-anak.
nak layan yang ni bukan senang, ada-ada aje yang dia nak buat tapi best.
kak cik, pun memenag banyak kerenah jugak, dia memang pandai cakap. buat tak reti, kakcik orang yang paling rajin ngasuh adik sya.
petang-petang kat rumah inilah pembantu rumah aku, tak kira waktu memang kak cik izati suka layang adik dia.
sebelum balik tadi aku sempat singgah kat supermarket, beli apa yang perlu, maklumlah.....gajikan dan masuk...layan...anak-anak shoping le...

22 June 2009

award daus & diari hari ini

hari ni baru sempat aku ambik b uah tangan daus. t.q. dek.


kongsi skit crite hari ni, mesyuarat baru je habis jap tadi, hal M.U le...memang banyak program yang pelu diselesaikan tapi tak pe bukan aku sorang yang kena buat, habis semua petugas RMKelfm kena ooo....., ni saje, aku letakkan gambar peserta bintang kecil 2008, aku penerbit dia, jangan tak tahu he...he....

20 June 2009

Khabar M.U

salam kembali, buat tatapan kekawan yang sudi singgah, Alhamdulillah....kira hari ini hari yang agak tenang la...walaupun, masih banyak perkara yang perlu di langsaikan. semenjak dua menjak aku xsempat nak update blog ni, ada banyak cerita nak dikongsikan bersama...., sepertimana yang kita sedia maklum...di manik urai sekarang tengah panas dengan perang bendera. so.. tengoklah sendiri gambar-gambar yang sempat aku rakam sewaktu aku ke manik urai.perang poster dah bermula...., best jgak tengok macam ni meriah!!!!
selepas cari bahan-bahan berita sempat lah aku posing, boleh senyum lagi, oooo...panas betul.
jangan tak tahu, di M.U ni memang terkenal dengan tempat lemang yang dijual panas-panas, 24 jam ada, tak perlu tunggu hari raya. leme.....leme....leme panah dek!, itu lah cara orang jual lemang di M.U.