Viagraphics Comment
hai...salam smua, dah beberapa hari aku tengok je blog-blog tapi xsempat nak update.. faham-faham je la..hari cuti pun kerja gak. biasalah kije kita ni...apapun best...sangat lawat blog-blog kawan-kawan..., tapi di kesempatan ni aku coretkan sedikit buat tatapan kawan-kawan yang ziarah blog aku ni, sambil kerja di dinihari ni catatan ni ku terbitkan.
kongsi anugerah sikit he..he...sempena hari ibu ni aku nak juga kongsi anugerah yang aku dapat...bukan nak menunjuk-nunjuk...tapi sekadar buat tatapan emak yang kebetolan tengok blog ni. emak pernah pesan kalau kije buat betul-betul dan ikhlas...so..inilah hasil. terima kasih jgak pada kawan-kawan yang banyak membantu mempermudahkan kerja-kerja aku seharian 'teamwork' you...
program pilih kasih baru-baru ni.aku perhatikan ramai orang kelantan yang ada bakat dan kebolehan dalam bidang lakonan. buktinye ramai yang datang untuk uji bakat pilih kasih yang di kendalikan oleh rosyam nor. bagus gak program tu...satu lagi program realiti yang bakal menggegarkan dunia lakonan negara...Tahnih! kepada peserta yang berjaya.Time ramah mesra dengan pengunjung kat studio mini kelfm
ramai yang cakap pasal hari ibu..catatan buat ibu tercinta. kaulah segalanya dalam hidup ku. Kau tabah dalam mengharungi hidup,membesarkan anak-anak mu dalam payah yang mengheret diri. kau seorang yang tabah dalam menggalas segala kesusahan demi kebahagiaan kami. berkatilah susu mu yang mengalir dalam tubuh kami. selamat hari ibu buat mama...stop. saje aku letak gambar anakku isya. berumur 1 thn 3 bulan , aku gembira dapat melihat anak membesar depan mata. dapat suapkan makanan buat mereka, itulah nikmat seorang ibu.
tag from razi..bestnye...kalau sesekali dapat bercuti, hajat nak bercuti memang membuak-buak dalam benak aku, tapi masa dan keadaan belum mengizinkan, last-last aku cuti balik kampung je..dekat kampung memang banyak yang menarik, keindahan alam semulajadi yang belum dinodai.
semalam dan hari ni dekat kelantan cuti sempena hari wesak, tapi aku konti awal-awal pagi lagi.sambil-sambil tu, sempat gak aku geledah blog-blog kawan-kawan, best memang best. kata orang menyelam sambil minum air, dapat gak aku buat bahan konti ku.mic dan headphone ni le...yang jadi teman yang amat setia setiap kali aku konti
No comments:
Post a Comment