03 May 2009
sekilas
Hari ni dah beberapa hari kita melangkah ke bulan Mei. bulan ini juga istimewa untuk mereka yang bergelar ibu..."SELAMAT HARI IBU" buat ibu tercinta. Halalkan susu ibu yang mengalir dalam jasad ini, sesungguhnya aku amat kerdil, restuilah setiap langkah perjalanan anakmu ini. Amin....STOP.
Saban hari kita menerima perkhabaran yang kadang kalanya betul dan kadang kalanya hanya sekadar khabar angin. Sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang yang lain akhirnya boleh mengubah cerita asal kerana sering di tokok tambah. Sebagai seorang yang beriman dan mempunyai akal fikiran yang waras, kita tidak boleh menerima sesuatu berita tanpa usul periksa. Berhati-hati dan selidik dulu kebenarannya.Sebagai kesimpulan, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Selalunya kita akan menyesal apabila menyedari tindakan kita itu sebenarnya satu kesilapan, lebih-lebih lagi melibatkan hukuman keatas orang lain. Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini terus berlaku maka berusahalah mengesahkan sesuatu berita itu sama ada benar atau tidak sebelum kita membuat sesuatu keputusan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seseorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenaranya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini denga sebab kejahilan kamu (mengenainya)-sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan. (al-hujurat:6)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment