12 May 2009

cerite semalam

Di belakang rumah memang banyak pokok-pokok buah-buahan yang ditanam oleh abang aku, dia ni suka sangat tanam-menanam ni, tak boleh jumpa pokok asyik nak tanam je...sampaikan kawasan rumah aku dah nak jadi macam kebun...
ni buah labu sulung ni...nampak elok jgak buah ni...tunggu le...tak matang lagi.
isya, anak aku bakal usahawantani moden, tengah tinjau, pokok di belakang rumah.
betik yang tidak bermusim, hajat hati nak jual....
tunggu masa untuk masak dan di petik
buah ni sampai tak sempat nak makan, sampai jatuh.....kalau dekat kedai mahal tu!

Biasa lah orang pompuan mcm aku ni memang xleh duduk diam habis je kerja pej balik rumah anak-anak dah tunggu mama, apa lagi bagaikan tak cukup tangan dan kaki untuk aku uruskan semua. Waktu petang ni aku ambik kesempatan untuk tinjau kawasan rumah, namalah tau kot-kot nanti ada pulak tong-tong kosong yang boleh membiakkan nyamuk, penyakit sekarang ni banyak sangat, nama penyakit pun pelik-pelik
tengok tu anak-anak akulah orang yang paling sibuk bila kita nak bersihkan rumah.

1 comment: